Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terminal 1 KKIA Catat Penggunaan 45 Peratus – Pengurus

1:46am 25/06/2016 Pak Roshan 283 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Kota Kinabalu International Airport

Kota Kinabalu International Airport

KOTA KINABALU : Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), yang boleh menampung kapasiti sembilan juta penumpang, didapati mencatatkan penggunaan hanya 45 peratus.

Pengurus Kanan KKIA Sunif Naiman berkata lapangan terbang itu, yang direka bentuk untuk menampung maksimum 3,200 penumpang pada waktu puncak, digunakan oleh 1,764 penumpang pada waktu berkenaan.

“Terminal 1 dan 2 mencatatkan gabungan pergerakan penumpang sebanyak 6.5 juta pada tahun lepas, yang merupakan kadar di bawah kapasiti maksimum KKIA,” katanya pada taklimat media sebelum majlis berbuka puasa anjuran Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di KKIA hari ini.

Beliau berkata KKIA tidak merancang untuk memperluas Terminal 1 pada peringkat ini memandangkan penggunaannya adalah di bawah kapasiti penumpang maksimum.

Operasi semua syarikat penerbangan dari Terminal 2 KKIA telah dipindahkan ke Terminal 1 pada Disember lepas dalam usaha memusatkan operasi hanya di sebuah terminal.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan