Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terlalu berdebar, ibu Wee Kiong sembunyi balik dinding

10:17pm 17/08/2016 Pak Roshan 2591 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
IBU Tan Wee Keong, Tan Yok Hua (tengah) bergambar sambil memegang Jalur Gemilang bersama dua anaknya, Tan Wee Tat (kanan) dan Tan Yun Yin di Akademi Badminton Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

IBU Tan Wee Keong, Tan Yok Hua (tengah) bergambar sambil memegang Jalur Gemilang bersama dua anaknya, Tan Wee Tat (kanan) dan Tan Yun Yin di Akademi Badminton Tawau. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: “Saya bertapuk (sembunyi) di sebalik dinding di ruang tamu rumah sambil mengintai ke televisyen ketika menonton siaran langsung perlawanan separuh akhir kerana terlalu berdebar-debar.”

Demikian akui Tan Yok Hua, 52, ibu kepada pemain beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong menceritakan detik mendebarkan beliau menonton aksi anaknya bersama Goh V Shem menumpaskan beregu China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17 pada separuh akhir di Sukan Olimpik, malam tadi.

“Kami sekeluarga sangat berdebar sepanjang lebih sejam menyaksikan perlawanan separuh akhir selain bersyukur akhirnya mereka menang dan mara ke akhir.

“Kali terakhir kami bertemu Wee Keong ialah pada Jun lalu dan saya ada berpesan supaya bermain penuh semangat,” katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Tawau milik suaminya, Tan Cham Swee, 56, yang kini berada di Brazil bagi memberi sokongan kepada pemain berkenaan.

Yok Hua berkata, sebaik mengesahkan tempat ke penentuan perebutan pingat emas acara beregu lelaki badminton di Sukan Olimpik 2016, Wee Kiong menghubunginya.

“Wee Kiong beritahu dia sangat gembira, namun tetap fokus kerana cabaran berliku masih menanti dalam usaha membawa pulang pingat emas,” katanya.

ok Hua berkata, mereka berasal dari Tangkak, Johor namun menetap di Tawau sejak 15 tahun lalu mengikut suaminya atas urusan perniagaan.

Sementara itu, adik Wee Kiong, Tan Wee Tat, 24, berkata kejayaan abangnya mara ke perlawanan akhir adalah di luar jangkaan.

“Sebelum ke Rio mereka (V Shem-Wee Kiong) bertungkus lumus untuk layak (beraksi di Olimpik) dan selepas undian dijalankan mereka hanya menyasarkan pencapaian sekadar ke suku akhir,” katanya.

Wee Tat berkata, abangnya itu berhasrat mengikat tali pertunangan dengan wanita yang berasal dari Johor dan pasti ia lebih manis jika majlis berlangsung selepas meraih pingat emas Olimpik. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan