Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TERKINI!! Pesawat AirAsia X KL-Jeddah Berpusing-Pusing 4 Jam

Laluan pesawat AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Jeddah yang berpusing-pusing di udara di atas Selat Melaka selama lebih empat jam.
Laluan pesawat AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Jeddah yang berpusing-pusing di udara di atas Selat Melaka selama lebih empat jam.

Sebuah pesawat AirAsia X dikesan melakukan penerbangan pusingan selama lebih 4 jam di atas Selat Melaka untuk proses membuang bahan bakarnya dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dengan nombor penerbangan D7172 menggunakan pesawat Airbus A330.

Pesawat AirAsia X dari KL ke Jeddah selamat mendarat di KLIA2

Ketika laporan ini siap ditulis, pesawat berkenaan dilaporkan telah selamat mendarat di KLIA2.

Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa pesawat berkenaan berpatah balik dan terpaksa membuang bahan apinya untuk mendarat.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL.

– MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan