Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terkini: Lima pesakit maut kebakaran di HSA

14753927_313923372320655_9001862535335426001_o

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan lima pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, masih belum dapat mendedahkan identiti semua mangsa.

“Setakat ini kami dapat mengesahkan lima pesakit maut dalam kebakaran ini. Laporan penuh berhubung kebakaran ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sulaiman turut menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang maklumat tidak sahih dan diviralkan di laman sosial.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 9 di ICU selatan menyebabkan pesakit di bangunan terbabit dibawa keluar ke tempat selamat. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan