Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TERKINI: Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa Fukushima

8:07am 22/11/2016 Pak Roshan 1221 views Global
ANGGOTA bomba dan pegawai memeriksa tahap air di muara berikutan amaran tsunami di Iwaki, Fukushima. - Foto AP

ANGGOTA bomba dan pegawai memeriksa tahap air di muara berikutan amaran tsunami di Iwaki, Fukushima. – Foto AP

TOKYO: Penduduk di sekitar kawasan pantai di Jepun diarah menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi susulan gempa kuat 7.4 magnitud melanda Fukushima, pagi tadi.

Agensi Meteorologikal Jepun mengeluarkan amaran tsunami dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3 meter (kira-kira 10 kaki) di Fukushima dan kawasan berhampirannya.

Nasihat ancaman tsunami turut dikeluarkan bagi penduduk dan wilayah di perairan utara Pasifik Jepun.

Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun merekodkan gempa di Fukushima ialah 6.9 magnitud.

Gempa berkenaan dilaporkan menggoncang bangunan di Tokyo yang terletak 240 kilometer (km) di barat daya pusat gegaran gempa.

Stesen penyiaran NHK juga mengeluarkan nasihat agar penduduk dipindahkan segera dengan mengingatkan bencana gempa pada tahun 2011 yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang. – AP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan