Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TERKINI: 250 rumah hangus, lebih 1,000 hilang tempat tinggal

11:17am 23/05/2016 Pak Roshan 3216 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KEBAKARAN yang memusnahkan kira-kira 250 rumah di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

KEBAKARAN yang memusnahkan kira-kira 250 rumah di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah, pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

KUDAT: Jumlah mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, dekat ini pagi tadi meningkat kepada lebih 1,000 orang yang tinggal di 250 rumah yang hangus.

Kebakaran kira-kira jam 4.50 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin, selain kedudukan rumah yang rapat serta diperbuat daripada papan.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata sepasukan anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.01 pagi.

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, hingga kini usaha memadam kebakaran masih berterusan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan