Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terkena kipas selepas dilambung bapa

9:34am 13/08/2016 Pak Roshan 6785 views Global
KEADAAN Oum selepas dirawat di sebuah hospital di Rayong.

KEADAAN Oum selepas dirawat di sebuah hospital di Rayong.

Rayong (Thailand): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di kepala akibat terkena bilah kipas siling selepas dia dilambung bapanya ketika bermain.

Ketika kejadian, Oum Phoeykiln, tiga tahun, bermain bersama bapanya, Em, 25, di ruang tamu di rumah mereka.

Bapanya mendukung dan melambung anaknya itu ke udara sehingga menyebabkan kepala mangsa terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

Hentaman yang kuat itu menyebabkan bilah kipas patah manakala dahi kanak-kanak berkenaan luka parah sehingga ternampak bahagian tengkorak.

Oum dikejarkan ke sebuah hospital di Rayong, di mana doktor segera melakukan pembedahan kecemasan untuk menghentikan pendarahan dari luka sepanjang 10 sentimeter itu.

Lebih malang lagi, doktor berkenaan terlebih dahulu mengugut enggan merawat mangsa sehingga keluarganya bersetuju membayar ribuan dolar untuk pembedahan itu.

Em berkata, ketika kejadian dia hanya bermain dengan anaknya di rumah mereka seperti biasa.

“Namun, secara tidak sengaja saya melambung anak saya terlalu tinggi sehingga kepalanya terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

“Saya panik melihat darah yang mengalir dengan banyak dari dahi anak saya dan segera membawanya ke hospital,” katanya. – Agensi/HMetro

BILAH kipas siling yang patah selepas terkena kepala mangsa.

BILAH kipas siling yang patah selepas terkena kepala mangsa.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan