Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,744

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terkejut dilanda hujan hitam

10:30am 18/11/2016 Pak Roshan 680 views Global
GAMBAR dimuat naik ke media sosial menunjukkan kesan hujan hitam. - Agensi

GAMBAR dimuat naik ke media sosial menunjukkan kesan hujan hitam. – Agensi

Hangzhou: Penduduk di wilayah Zhejiang terkejut apabila mendapati kereta, pakaian dan juga muka mereka bertukar warna selepas hujan hitam mengubah kediaman mereka sehingga kelihatan seperti lombong arang batu.

China terkenal dengan tahap pencemaran udara yang teruk, namun kejadian itu jauh lebih mengejutkan daripada apa yang biasa mereka alami.

Bagaimanapun, kejadian itu rupanya disebabkan kemalangan yang berlaku di kilang terbiar berhampiran.

Menurut laporan media, ketika proses merobohkan kilang berkenaan, pekerja secara tidak sengaja memecahkan tangki yang dipenuhi serbuk petroleum mentah sekali gus menyebabkan bahan berkenaan terapung di udara sebelum turun bercampur dengan hujan.

Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan supaya tidak bimbang kerana menurut biro perlindungan alam sekitar, serbuk berkenaan tidak berbahaya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan