Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terjun setinggi 7.6km tanpa payung terjun

9:02am 16/07/2016 Pak Roshan 26 views Global
AIKINS

AIKINS

Los Angeles: Penerjun udara Luke Aikins berkata, dia akan terjun tanpa menggunakan payung terjun dari sebuah pesawat yang terbang pada ketinggan 7,600 meter dan cuba mendarat dengan selamat di padang pasir California.

Aikins, 42, berkata, usahanya akan disiarkan secara langsung di televisyen menerusi rancangan yang diberi judul ‘Heaven Sent’ (Hantaran dari Langit).

Menurutnya, dia akan mendarat di bumi dengan peranti yang dipasang pada belakangnya.

“Saya akan terjun tanpa payung terjun. Saya akan melakukan sesuatu yang kebanyakan orang akan menganggapnya kerja gila,” kata Aikins yang sudah melakukan 18,000 terjunan sepanjang 25 tahun kariernya.

Dia juga mendakwa usaha itu akan dicatat sebagai rekod dunia untuk terjun tanpa payung terjun. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan