Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terjun elak suami kekasih

9:50am 26/02/2016 Pak Roshan 513 views Global
GAMBAR tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berusaha menyelamatkan diri.

GAMBAR tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berusaha menyelamatkan diri.

Beijing: Akibat ‘kantoi’ ditangkap bersama isteri orang, seorang lelaki bertindak nekad memanjat keluar dari tingkap bilik kekasihnya dan turun ke bawah menggunakan saluran paip hujan dalam keadaan telanjang bulat.

Orang ramai yang terkejut dengan insiden itu memerhati dengan kagum apabila lelaki terbabit menggelungsur turun ke bawah dari bangunan blok rumah pangsa selepas memecut pantas dari tingkap di tingkat tiga.

Dia dikatakan sedang bermesra dengan seorang wanita di dalam bangunan itu apabila suami kekasihnya pulang secara tiba-tiba dan menangkap mereka bersama.

Lelaki itu tidak sempat menyarung pakaian dan mula memanjat menggunakan kabel sebagai tali.

Dia berhenti beberapa kali dan dilihat teragak-agak sama ada untuk pergi ke arah atas atau bawah.

Insiden di China itu dirakam dan disiarkan di Youtube sebelum menjadi viral.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu terselamat selepas jatuh sebelum dibantu orang ramai dalam pada mereka tidak ketinggalan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan