Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terjatuh dalam lubang lif selepas tendang pintu

SEDUTAN rakaman kamera keselamatan menunjukkan remaja itu terjatuh ke dalam lubang lif.
SEDUTAN rakaman kamera keselamatan menunjukkan remaja itu terjatuh ke dalam lubang lif.

Beijing: Tindakan seorang remaja lelaki di China menendang pintu lif hingga rosak membawa padah apabila dia terjatuh ke dalam lubang lif berkenaan.

Rakaman kamera keselamatan di sebuah hotel, di sini menunjukkan remaja itu menendang pintu lif kerana berang ia bergerak terlalu perlahan.

Remaja yang tidak dikenali itu dilihat berlari dan terus melompat lalu menendang pintu lif berkenaan sehingga ia terkopak.

Dia kemudian berundur dan kembali semula ke pintu lif untuk melihat kerosakan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, remaja itu secara tidak sengaja menekan pintu dengan tangannya menyebabkan dia terjatuh dan terus masuk ke dalam lubang lif berkenaan.

Pekerja hotel yang terkejut dengan kejadian itu terus menghubungi bomba untuk membantu mengeluarkan mangsa.

Remaja itu dilaporkan bernasib baik kerana masih hidup walaupun kedua-dua belah kakinya patah akibat terjatuh. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan