Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TERIMA KASIH PENDERMA DARAH MALAYSIA

Neowell dan adiknya selepas selesai pemindahan darah. Namun Neowell harus menjalani pemindahan darah setiap bulan seumur hidupnya. Gambar SNT/Ehsan Selly Onong

KOTA KINABALU: Derita Neowell Vann Houtton selama hampir dua bulan untuk mendapatkan jenis darah yang sesuai bagi pemindahan darah kini selesai.

Penghidap thalassemia major berusia 17 tahun itu menjalani pemindahan darah yang amat diperlukannya pada tengahari tadi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas sebaik dua beg darah jenis O Positive R1R1 JKA tiba.

Ibu Neowell, Selly Onong berkata anaknya yang semakin lemah itu telah menjalani pemindahan darah pada Selasa namun tubuhnya menolak darah itu mengakibatkan tindakbalas negatif kepada badannya.

Selly turut memuji kakitangan hospital yang berjaya mengatasi tindakbalas negatif di badan Neowell dengan ubat-ubatan.

“Saya begitu terharu dan berterimakasih kepada semua pihak yang telah membantu terutama para penderma darah yang bertindak dengan cepat terhadap rayuan keluarga kami,” katanya.

Neowell memerlukan pemindahan darah setiap bulan untuk seumur hidup dan kata Selly “saya amat sayangkan dia dan sanggup lakukan apa sahaja untuk melihat dia sihat.”

Ini adalah kali ke-lima Selly telah membuat rayuan meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan darah jenis O Positive R1R1 JKA yang sangat jarang itu dalam tempoh 12 tahun.

Dia berkata para doktor dan staf perubatan memang banyak membantu namun ada masanya bank darah kehabisan stok jenis sesuai untuk anaknya lalu keadaan bertukar cemas.

Menurutnya lagi, dia tidak akan dapat mengetahui identiti penderma darah yang Neowell terima namun dia akan sentiasa berdoa semoga lebih ramai lagi penderma akan tampil di masa hadapan.

Selly masih berharap agar sesiapa yang tahu bahawa darah mereka padan dengan darah Neowell untuk menghubungi dia di talian 012-8676351 supaya dapat dimasukkan dalam senarai kecemasan anakya.

Selly juga merayu supaya rakyat Malaysia menjadikan derma darah sebagai satu tanggungjawab sivik.

“Sebagai seorang ibu saya amat tahu bagaimana traumanya bagi sesebuah keluarga jika bank darah kehabisan stok dalam saat-saat kecemasan,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan