Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terima kasih jawab panggilan 3.30 pagi: Guan Eng

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menjawab panggilannya jam 3.30 pagi tadi bagi meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan banjir yang semakin buruk.

“Saya berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan.

“Terima kasih kerana jawab panggilan saya hampir jam 3.30 pagi.

“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air naik antara tiga hingga 3.6 meter melepasi bumbung di Pulau Pinang.

“Pusat pemindahan tiada bekalan elektrik. Pulau Pinang terpaksa minta bantuan ATM,” katanya dalam kenyataan, pagi tadi.

Beliau berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berjanji akan menghantar anggota ATM bagi membantu menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang.

Guan Eng turut meminta semua pihak bersabar dengan keadaan semasa dan pihaknya akan memastikan bantuan sewajarnya disalurkan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengutamakan keselamatan.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan hampir semua kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir, namun keadaan dilaporkan masih terkawal. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan