Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,635

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terima hakikat

9:41am 19/02/2016 Pak Roshan 2405 views Global

MH370

Canberra: Penyiasat kehilangan penerbangan MH370 akan mengumumkan kejadian itu berpunca daripada perbuatan juruterbang jika pesawat itu tidak ditemui di zon pencarian sekarang.

Pengumuman oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) itu, jika dilakukan, akan mengesahkan teori awal misteri kehilangan pesawat itu hanya beberapa jam selepas pesawat berkenaan hilang hampir dua tahun lalu dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Pihak berkuasa kemudian membuat pencarian yang menelan belanja £90 juta (RM537 juta) itu atas andaian Boeing 777 itu menjadi ‘pesawat hantu’ dan terbang menggunakan mod pandu automatik sehingga kehabisan minyak selepas anak kapal dan penumpang hilang keupayaan.

Dengan menggunakan satelit dan radar, penyiasat menyasarkan usaha mencari di lokasi pesawat itu mungkin terhempas di selatan Laut Hindi, merangkumi kawasan seluas hampir 120,000 kilometer persegi di barat Australia.

Namun, ATSB sudah menghabiskan masa hampir setahun di zon berkenaan dengan operasinya dijadualkan ditamatkan dalam tempoh 10 minggu lagi.

Jika usaha pencarian masih tidak berhasil, laporan rasmi akan menolak andaian sebelum ini dan menganggap juruterbangnya yang bertanggungjawab.

Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan memberitahu The Times: “Buat masa ini belum lagi, tetapi akan tiba masa kami perlu memikirkan kemungkinan itu sebagai penjelasan kepada semua pihak terbabit.

“Sejujurnya, teori bahawa kemungkinan seseorang yang mengawal pesawat itu menjadi punca kehilangan pesawat itu adalah lebih signifikan jika kita selesai membuat pencarian di lokasi sekarang.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan