Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tergantung di dahan

Mayat lelaki ditemui tergantung di dahan pokok di kawasan hutan di Kampung Baru.

Penampang: Mayat lelaki ditemui tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan berhampiran Jalan Kampung Baru, Luyang, dekat sini, petang tadi.

Mangsa berusia 37 tahun ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2 petang sebelum melaporkan kepada polis.

Mayat ditemui tergantung menggunakan tali pinggang dan tuala kecil serta lengkap berpakaian.

Turut ditemui di lokasi kejadian dompet dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat turut berada di lokasi kejadian untuk menurunkan mayat. – myMetro Online

Mayat lelaki ditemui tergantung di dahan pokok di kawasan hutan di Kampung Baru. FOTO Mohd Adam Arinin

Komen


Berita Berkaitan