Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terdapat majikan upah Pati sebagai pekerja: MKN

KOTA KINABALU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mendapati terdapat majikan yang mengupah warga asing yang tidak memiliki dokumen dan permit sah sebagai pekerja di premis mereka, ketika operasi bersepadu dijalankan di dua buah daerah di negeri ini.

“Pihak berkuasa memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang didapati melanggar peraturan Imigresen di negara ini,” kata Setiausaha Setiausaha MKN Sabah, Rodzi Md Saad pada sidang media di sini hari ini. Kenyataan media beliau dibacakan oleh Penolong Setiausaha Operasi II, DSP Annuar Ali.

Mengikut peraturan Imigresen di bawah Seksyen 55B majikan yang mengambil satu atau lebih dari seorang pendatang tanpa izin sebagai pekerja, boleh didenda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.

Hukuman lebih berat iaitu penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan akan dikenakan sekiranya pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang pendatang tanpa izin.

Sehubungan itu, beliau menasihati para majikan agar tidak melanggar undang-undang Imigresen bagi mengelak tindakan dikenakan terhadap mereka.

Beliau juga berkata bahawa, seramai 496 orang warga asing diperiksa dalam operasi tiga hari yang diadakan di Beaufort dan Sipitang yang menyaksikan 217 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Semua pendatang tanpa izin terbabit kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Papar untuk proses dokumentasi dan pengusiran ke negara asal mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Seramai 95 pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasa termasuk MKN Sabah, Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Sabah (JPAM) terlibat dalam operasi di kawasan setinggan, rumah kongsi pekerja serta kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 4,014 orang warga asing sedang ditahan di empat buah PTS di seluruh negeri.

Pendatang tanpa izin dari Filipina terus mencatat jumlah paling iaitu seramai 3,137 warganegara Filipina diikuti Indonesia (787) dan lain-lain warganegara (90).

“Seramai 1,302 orang termasuk 1,025 warganegara Filipina dan 277 warganegara Indonesia telah diusir pulang ke negara asal masing-masing sejak 1 Januari lepas,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

PATI...  Warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit sah ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan. - Gambar Hiasan

PATI… Warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit sah ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan. – Gambar Hiasan

Komen


Berita Berkaitan