Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terbit Al-Quran terjemahan 9 bahasa daerah

9:22am 05/12/2015 Pak Roshan 2 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Jakarta: Kementerian Agama Indonesia kelmarin melancarkan penerbitan kitab suci Al-Quran yang diterjemahkan ke sembilan bahasa daerah.

Bercakap di majlis pelancaran itu di sini kelmarin, Menteri Agama Hakim Saifudin berkata: “Dengan adanya terbitan Al-Quran dengan terjemahan ini, masyarat di kawasan yang masih menggunakan bahasa daerah diharap dapat memahami kandungan kitab suci ini secara lebih mendalam.”

Menurutnya, tahap pertama penerbitan kitab suci berkenaan dengan terjemahan ke bahasa daerah membabitkan tiga bahasa iaitu Minang, Jawa dialek Banyumasan dan Dayak.

Al-Quran dengan terjemahan ke bahasa daerah itu dikhususkan untuk masyarakat yang tidak menggunakan bahasa Indonesia dalam perbualan seharian mereka, katanya.

Hakim juga berkata, tujuan penerbitan kitab suci itu dalam bahasa berkenaan ialah sebahagian usaha kerajaan untuk melestarikan bahasa yang nyaris punah.

Kementerian berkenaan juga menerbitkan sebuah kamus istilah keagamaan yang mengandungi 9,000 perkataan meliputi enam agama – Islam, Katolik, Kristian, Hindu, Buddha dan Konghucu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan