Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terbaik! Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

adeik

SIAPA sangka adik perempuan ini yang merupakan seorang pelajar di kelas tercorot mampu meraih keputusan 5A di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Siti Aisyah Mawardi, 12 tahun; telah membuktikan kepada semua bahawa dirinya juga mampu memperoleh keputusan yang setanding dengan kelompok pelajar bijak lain.

“Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Aisyah.

Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Kuala Lumpur.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR sebelum itu hanya memperoleh 4B 1C.

“Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus memperbanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang saya agak lemah.

“Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Ditanya resipi kejayaannya, Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah

Kisah mengenai kejayaan Aisyah ini bukan sahaja membuka mata sesetengah pihak, malah dapat dijadikan motivasi kepada pembaca terutamanya buat pelajar-pelajar. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan