Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,676

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terapkan kesedaran berkaitan bencana sejak di bangku sekolah

 

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah akan mempergiatkan usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang masalah sosial dan bencana alam di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata demikian ketika melawat mangsa-mangsa kebakaran Kampung Sembulan di Balairaya Sembulan, dekat sini kelmarin.

Jainab berkata sudah tiba masanya pendidikan lebih awal di peringkat sekolah diperkasakan untuk mendidik generasi muda lebih bersahsiah baik, terhindar daripada masalah sosial dan menjaga keselamatan diri dan harta.

“Saya meminta pihak Jabatan Perkhidmatan kebajikan Am Sabah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan untuk mengajar simulasi-simulasi kebakaran,bencana gempa bumi, tsunami dan banjir,” kata Jainab.

Di samping itu juga, memperkasakan jati diri anak-anak muda agar kuat menjauhkan diri daripada masalah sosial misalnya najis dadah yang sejak akhir-akhir ini menjadi masalah sosial yang paling membimbangkan.

“Saya amat berharap semua pihak menganggap perkara ini serius dan semua pihak harus ambil perhatian, bukan hanya kerajaan tetapi juga masyarakat harus bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat dan negeri,” jelas Jainab lagi.

Jainab turut menyampaikan sumbangan kewangan dan bantuan kebajikan berupa barang keperluan memasak dan keperluan harian.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JPKA Sabah, Siti Hameh Haji Ruman, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Mohd Noor, Ketua Wanita Umno Putatan, Juriah Palasin dan Pemimpin Masyarakat./SayangSabah

Jainab (tengah) ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Jainab (tengah) ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan