Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terapi khas buat pesakit Cerebrum Palsy di Sabah

Azizah Mohd. Dun (kiri, duduk) beramah mesra dengan seorang kanak-kanak selepas menyampaikan bantuan barangan sekolah kepada penerima sempena Program Ziarah Kebajikan Parlimen Papar di Kuala Penyu. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun (kiri, duduk) beramah mesra dengan seorang kanak-kanak selepas menyampaikan bantuan barangan sekolah kepada penerima sempena Program Ziarah Kebajikan Parlimen Papar di Kuala Penyu. – foto Aryan De Vera

KUALA PENYU – Pesakit ketidaupayaan fizikal akibat kecederaan otak sejak lahir atau dikenali Cerebrum Palsy di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan pedalaman negeri ini akan dibantu menjalani terapi melalui kaedah Dosha-Hou.

Melalui keadah senaman yang berasal dari Jepun itu, dikatakan mampu meningkatkan fizikal kanak-  kanak spastik yang mengalami simptom otot-otot tidak berfungsi secara normal akibat sindrom Cerebrum Palsy.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, teknik senaman terapi itu akan diperluaskan ke seluruh PDK di negeri ini dengan memberi khidmat kepada pelatih-pelatih PDK di luar bandar.

“Selain itu, kita juga akan memberi latihan kepada petugas-petugas PDK di negeri ini menjalani kursus insentif yang berpusat di PDK Kota Kinabalu daripada tenaga pengajar bertauliah dalam teknik terapi tersebut.

“Kemudian, para petugas ini akan mempraktikkan apa yang dipelajari seterusnya memberi khidmat terapi kepada pelatih-pelatih PDK di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita dalam Program Ziarah Kebajikan Parlimen Beaufort, di sini hari ini.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menambah, sejak diperkenalkan di negeri ini tiga tahun lalu, beberapa pelatih di PDK yang menjalani terapi Dosha-Hou menunjukkan perkembangan positif.

Justeru, beliau berkata, pihaknya juga bercadang melibatkan peranan ibu bapa kanak-kanak istimewa atau pelatih-pelatih di setiap PDK itu supaya dapat turut serta mempelajari terapi berkenaan bagi membolehkan terapi itu digunakan di rumah. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan