Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terap budaya sikap membantu orang kurang berkemampuan

11:09am 25/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 35 views Tempatan
Samsudin dan Manaf menziarahi warga emas yang uzur untuk menyampaikan sumbangan berupa beras dan wang tunai.

Samsudin dan Manaf menziarahi warga emas yang uzur untuk menyampaikan sumbangan berupa beras dan wang tunai.

SANDAKAN- Budaya memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik perlu menjadi budaya sepanjang tahun dan bukan semasa bulan Ramadan sahaja, kata Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Katanya, golongan seperti keluarga daif dan miskim, orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas serta anak- anak yatim memerlukan pembelaan sepanjang masa.

”Kita sememangnya gembira dengan budaya beramal dengan penganjuran begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

”Namun, pada masa yang sama, kita amat berharap golongan ini dapat dibela dan diberi perhatian sepanjang masa, tidaklah terhad pada bulan Ramadan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Titik Sentuhan Ziarah Kasih Ramadhan Pemimpin Bersama Rakyat di Dun N43 Sekong dan Parlimen P.185 Batu Sapi Bersama Jasa Sabah.

Turut hadir sama Pengarah JASA Sabah, Ustaz Haji Abdul Manap Lakariba, Pengawai Jasa Dun Sekong, Hazulizah Md Dani yang juga Ketua Puteri UMNO Batu Sapi serta pemimpin masyarakat.

Samsudin berkata, budaya memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik itu sebenarnya merupakan satu budaya yang cukup unik di negara ini.

”Ia jelas menunjukkan bukan sahaja kerajaan, tetapi juga badan-badan korporat dan pertubuhan mempunyai semangat bantu-membantu yang cukup tinggi.

”Tidak banyak negara yang mempunyai budaya seperti ini dan kita perlu meneruskannya sebagai salah satu tanggungjawab bersama,” katanya.

Dalam majlis sama, Samsudin menyampaikan sumbangan kepada 70 orang penerima Program Titik Sentuhan Ziarah Kasih Ramadhan.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan