Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Teo: Orang ramai digalakkan buat pemeriksaan kesihatan

gsa
CENDERAHATI…. Teo menerima cenderahati daripada Pengerusi Penganjur. Glenna Wong.
KOTA KINABALU- Orang ramai dinasihati mengambil peluang membuat pemeriksaan secara percuma melalui program pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan Persatuan Wanita Cemerlang Sabah 

Menurut Menteri Tugas- Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang, program berkenaan mampu mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan masyarakat setempat pada masa kini.

“Semua pihak tahu mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri. Jika dibandingkan tahap kesedaran pada 30 tahun lalu tidak begitu tinggi.

“Walaubagaimanapun, melalui program seperti ini, tahap kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan semakin meningkat,”katanya semasa berucap sempena Program Hari Kesihatan, disini, kelmarin.

Jelasnya, program berkenaan dapat membantu masyarakat dalam mengambil langkah- langkah pencegahan daripada menghidapi sebarang penyakit berbahaya.

“Buktinya, purata usia warga Malaysia khususnya di Sabah telah meningkat disebabkan kesedaran kesihatan di kalangan masyarakat Sabah,”katanya.Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan