Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera Turki dakwa rampas kuasa, Erdogan mengaku masih Presiden

8:26am 16/07/2016 Pak Roshan 806 views Global
Jambatan Bosphorus telah ditutup oleh tentera.

Jambatan Bosphorus telah ditutup oleh tentera.

ANKARA, Sabtu – Tentera Turki dalam satu kenyataan mendakwa bahawa telah menguasai negara itu secara rasmi daripada pentadbiran kerajaan dipimpin Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Dalam satu temubual telefon bersama CNN Turki, Erdogan berkata beliau masih Presiden negara dan ketua tentera dan menyeru semua rakyat keluar ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa oleh tentera.

“Kami akan menyelesaikan perkara ini,” katanya sambil menyatakan pihak tentera akan membayar harga yang mahal atas cubaan rampasan kuasa ini.

Erdogan yang sedang bercuti di kawasan Marmaris kini sedang menuju ke Ankara.

Ketika ini, Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah ditutup, stesen televisyen kerajaan TRT telah dikuasai oleh tentera manakala Jambatan Bosphorus telah ditutup.

Di tengah bandar Ankara, kedengaran bunyi tembakan dan jet tentera terbang melintasi ruang udara.

Ibu pejabat polis di Ankara dan bangunan Parlimen telah diserbu oleh pihak tentera.

Kereta kebal tentera juga kelihatan di jalan-jalan utama.

Dilaporkan kumpulan penyokong Erdogan juga telah berkumpul di lokasi-lokasi tertentu. – Agensi/Ismaweb.net

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan