Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,660

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera janji alih kuasa lancar

9:56am 13/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
AKTRES Kay Kay Moe Myint bergambar selfie di luar kediaman Suu Kyi di Yangon semalam selepas pemimpin pembangkang itu meraikan selebriti yang berkempen untuknya pada pilihan raya lalu.

AKTRES Kay Kay Moe Myint bergambar selfie di luar kediaman Suu Kyi di Yangon semalam selepas pemimpin pembangkang itu meraikan selebriti yang berkempen untuknya pada pilihan raya lalu.

Yangon: Tentera Myanmar semalam berikrar untuk memastikan peralihan kuasa dilakukan secara lancar ketika parti prodemokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi hampir mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya negara itu.

Myanmar dikuasai tentera selama hampir setengah abad menerusi pemerintahan secara langsung. Sejak 2011, ia ditadbir oleh kerajaan campuran yang dikuasai sekutunya.

Bagaimanapun, keseimbangan kuasa kini hampir beralih kepada Liga
Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Suu Kyi.

Parti itu menguasai hampir 80 peratus kerusi yang diumumkan sejak pilihan raya Ahad lalu, pencapaian besar dalam perjuangan demokrasinya.

Menjelang petang semalam, NLD hanya kekurangan 38 kerusi untuk meraih 329 kerusi di kedua-dua dewan.

Dalam kenyataan menerusi Facebook, ketua tentera Min Aung Hlaing mengucapkan tahniah kepada NLD dan Suu Kyi serta berjanji menghormati keputusan berkenaan dan bekerjasama dengan kerajaan baru. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan