Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera Indonesia tangkap ketua lanun

11:29am 25/11/2015 Pak Roshan 1654 views Global
ANGGOTA Pasukan Gerak Cepat Armada Barat menunjukkan ketua lanun yang ditangkap baru-baru ini.

ANGGOTA Pasukan Gerak Cepat Armada Barat menunjukkan ketua lanun yang ditangkap baru-baru ini.

Jakarta: Pasukan Gerak Cepat Armada Barat tentera laut Indonesia berjaya menangkap seorang ketua lanun yang dipercayai aktif merompak kapal di perairan Selat Melaka.

Jurucakap tentera laut Indonesia, Zainuddin berkata, suspek ditangkap pasukan itu ketika bersembunyi di sebuah hotel di Jakarta Utara.

“Suspek lanun ini ditangkap selepas diburu selama dua bulan.

“Kami percaya suspek terbabit dalam beberapa kegiatan merompak kapal di perairan Selat Melaka,” katanya semalam.

Menurutnya, seramai sembilan lanun yang dipercayai pengikut suspek berjaya ditangkap dalam beberapa serbuan sebelum ini.

Menurutnya, kali terakhir kumpulan itu melakukan jenayah adalah pada dua bulan lalu apabila mereka melanun sebuah kapal di Selat Melaka.

“Mereka merompak wang dan barangan berharga milik anak kapal.

“Kumpulan ini juga sangat ganas dan sering dilaporkan memukul atau mencederakan anak kapal yang melawan,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan