Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera Filipina temui kepala tebusan dipenggal di Sulu

7:51am 26/08/2016 Pak Roshan 10194 views Global
GAMBAR fail, sebahagian anggota kumpulan Abu Sayyaf.

GAMBAR fail, sebahagian anggota kumpulan Abu Sayyaf.

ZAMBOANGA: Tentera Filipina hari ini menyatakan ia menemui kepala lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang dijadikan tebusan militan dikaitkan dengan IS di wilayah selatan yang bergolak itu.

Jurucakap pusat arahan tentera Mindanao, Mejar Filemon Tan, dalam satu kenyataan, berkata kepala dipercayai milik Patrick James Almodovar yang diculik 16 Julai lalu, dibungkus dalam beg plastik dan ditemui di bandar Indanan, Sulu, kubu kuat militan Abu Sayyaf.

“Kepala yang dipenggal itu didakwa ditinggalkan tiga anggota Abu Sayyaf (ASG) bermotosikal,” kata Tan menambah ia sedang diteliti dan disiasat bahagian Operasi Jenayah Tempat Kejadian dan Polis Indanan.

Tan berkata, pembunuhan kejam dilakukan kumpulan pengganas itu dikutuk setiap orang waras dan rakyat yang Filipina, termasuk saudara Islam yang bekerjasama dalam usaha perdamaian dan pembangunan.

“Memenggal kepala lelaki tidak bersalah dilakukan ASG adalah penghinaan mutlak kepada penduduk Islam pencinta keamanan di Filipina,” katanya.

Keluarga Almodovar memaklumkan akhbar Philippine Daily Inquirer malam semalam, mereka menerima panggilan daripada Abu Sayyaf memaklumkan mengenai tindakan memenggal itu.

Seorang anggota keluarga berkata, kumpulan itu sebelumnya menuntut wang tebusan 1 juta pesos (RM86,741.14) sehingga jam 3 petang (0700 GMT) Rabu.

“Keluarga kami tidak mampu membayarnya,” katanya yang enggan dikenali. – Agensi/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan