Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera Filipina bunuh 11 militan Abu Sayyaf

9:40pm 26/08/2016 Pak Roshan 4226 views Global

abu-sayyaf

MANILA: Tentera Filipina membunuh sekurang-kurangnya 11 militan Abu Sayyaf, termasuk seorang komander berpengaruh dalam satu serangan terhadap kumpulan pelampau itu, semalam.

Gempuran itu susulan seorang tebusan dipenggal kerana keluarga beliau terlalu miskin untuk membayar wang tebusan.

Komander ketenteraan wilayah, Mejar Filemon Tan, berkata 17 anggota tentera cedera ketika beratus-ratus anggota lain mengepung sebuah kawasan hutan luas di kawasan Patikul di wilayah pergunungan Sulu dan bertempur dengan kira-kira 100 militan.

Antara 11 militan yang maut adalah Amah Mass yang dikaitkan dengan penculikan termasuk menjadikan pelancong Eropah sebagai tebusan.

Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan tentera memusnahkan markas militan itu dalam hutan selepas kumpulan ekstremis itu memenggal seorang remaja Filipina, Patrick James Aldovar, kelmarin. Dia diculik berhampiran sebuah kem polis di bandar utama Jolo, Sulu, bulan lalu.

“Arahan presiden adalah untuk mencari dan memusnahkan Abu Sayyaf. Jadi, inilah yang kami lakukan sekarang,” kata Tan.

Beliau turut menambah lebih 1,200 anggota tentera termasuk komando gerak khas terbabit dalam beberapa operasi di Patikul dan beberapa lokasi pesisir pantai yang tidak diterokai di Sulu. – AP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan