Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera bom kedudukan Abu Sayyaf

9:51am 29/04/2016 Pak Roshan 13541 views Global
Tentera Filipina membawa mayat tanpa kepala dipercayai milik tebusan rakyat Kanada semalam, yang dipenggal Abu Sayyaf Isnin lalu. - Foto EPA

Tentera Filipina membawa mayat tanpa kepala dipercayai milik tebusan rakyat Kanada semalam, yang dipenggal Abu Sayyaf Isnin lalu. – Foto EPA

Manila: Tentera Filipina memulakan serangan besar-besaran menggunakan pesawat dan bedilan artileri terhadap kedudukan Abu Sayyaf yang menahan lebih 20 tebusan rakyat asing di selatan negara itu hari ini.

Jurucakap tentera di Manila, Kolonel Noel Detoyato, berkata bedilan artileri mensasarkan kawasan pergunungan di Pulau Jolo dengan jet serta helikopter terbang rendah menggugurkan bom.

“Kami kini menguasai kawasan yang sebelum ini diduduki Abu Sayyaf,” katanya.

Menurutnya, penduduk melaporkan 14 lelaki bersenjata terbunuh namun ia tidak dapat disahkan kerana tiada mayat ditemui.

Beliau berkata, serangan itu yang mensasarkan kumpulan diketuai Radullan Sahiron, terbukti berjaya.

Kelmarin, Presiden Filipina berikrar akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghapuskan Abu Sayyaf walaupun jika terpaksa ada yang terbunuh. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan