Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tentera bedil kedudukan militan di selatan Filipina

11:26am 28/11/2016 Pak Roshan 993 views Global
BENDERA Daish (dalam bulatan) dikibarkan di sebuah bangunan yang ditawan kumpulan militan itu. - Agensi

BENDERA Daish (dalam bulatan) dikibarkan di sebuah bangunan yang ditawan kumpulan militan itu. – Agensi

Butig: Tentera Filipina semlam melancarkan serangan meriam terhadap kedudukan sekumpulan militan di selatan negara itu serta mengerahkan lebih ramai tentera menggempur kumpulan berkenaan yang didakwa bertanggungjawab melakukan pengeboman di Davao beberapa minggu lalu.

Tentera berusaha mengusir anggota kumpulan Maute dari dewan majlis perbandaran dan beberapa kawasan yang mereka kuasai di Butig, bandar pergunungan di kawasan pedalaman di Pulau Mindanao.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, 11 militan itu terbunuh dan lima cedera setakat ini.

Wartawan di Butig berkata, tentera memperoleh gambar yang menunjukkan kumpulan itu mengibarkan bendera Daish di bangunan yang mereka duduki.

Kumpulan Maute adalah antara beberapa kumpulan bersenjata atau pertubuhan di Mindanao yang berikrar taat setia kepada Daish.

Tiga anggota kumpulan itu ditahan bulan lalu kerana dipercayai terbabit dalam serangan di Davao, bandar kelahiran Presiden Rodrigo Duterte dan yang terbesar di Mindanao.

Lima belas orang terbunuh dalam kejadian itu.

Penduduk di Butig yang mempunyai populasi seramai 17,000 orang, melarikan diri selepas dewan majlis perbandaran itu ditawan kumpulan terbabit. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan