Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tenom mampu menjadi destinasi tumpuan penggemar sukan pacuan empat roda

AKSI…Sebuah kenderanaan yang menyertai Tenom 4×4 Charith Challence 2017 sedang beraksi.
TENOM : Daerah Tenom  mampu menjadi destinasi tumpuan penggemar sukan pacuan empat roda kerana  daerah  ini memiliki bentuk muka bumi yang mencabar, kata  Ketua Pergerekan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar.
 
Beliau berkata potensi itu dapat dilihat menerusi sambutan peserta dari dalam dan luar negara terhadap Tenom 4×4 Charith Challence  2017.
 
” Tenom 4×4 Charith Challence  2017 yang diadakan kali ini mendapat sambutan hebat peserta tempatan mahupun luar negara yang meminati sukan lasak ini dan ini merupakan satu perkembangan positif terutamanya dari peserta dan peminat sukan lasak ini” katanya ketika berucap merasmikan Tenom 4×4 Charith Challence  2017 di Pekan Tenom baru baru ini.
 
Hadir sama Wakil Rakyat Kemabong Datuk Rubin Balang, Pengerusi 4×4 Sabah Faez Datuk Nordin, Pegawai Daerah Tenom Madiyyem Layapan dan Presiden 4×4 Tenom Ken Lim.
 
Lebih dari 100   buah pelbagai kenderaan pacuan empat roda ( 4×4) terlibat dalam cabaran Pacuan Empat Roda (4×4) Tenom 4×4 Charith Challence  2017 kali ini dimana peserta dari luar negara seperti Taiwan Thailand dan Brunei turut berkasi dalam pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini.
 
Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno berkata penganjuran acara sedemikian juga mampu menimbulkan minat anak muda  di negeri ini khususnya di daerah Tenom, untuk menceburi sukan tersebut sekali gus dapat melahirkan atlet yang digeruni seperti dalam bidang sukan yang lain.
 
Menurut beliau, penyertaan peserta dari luar bukan sahaja menguji kecekapan mereka memandu dalam litar yang disediakan oleh penganjur, malah kedatangan mereka  mampu memperkenalkan daerah Tenom sebagai lokasi pelancongan yang menarik untuk di lawati.
 
“Penganjuran sukan lasak seumpama itu diharap mampu mempromosi  Tenom sebagai  daerah sukan ekstrim juga sebagai lokasi  pelancongan yang menarik untuk  dilawati  di samping mampu menarik minat belia menyertai aktiviti berfaedah” katanya.

Jamawi juga turut mengharapkan agar  kejohanan ini menarik perhatian golongan remaja yang berminat pada sukan lasak sekali gus dapat mengelak daripada terjerumus kepada aktiviti tidak berfaedah seperti merempit dan sebagainya./sayangsabah
PELANCARAN…Jamawi ( empat diri kiri) bersama jemputan lain mengangkat bendera sebagai pelancaran pertandingan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan