Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tenom banjir lagi, 19 mangsa di pindah

Jalan Tapikong-Uloi yang dinaik air kesan daripada hujan lebat itu.
Jalan Tapikong-Uloi yang dinaik air kesan daripada hujan lebat itu.

TENOM – Tiga buah keluarga membabitkan 19 mangsa dari Kampung Kanar, di sini di tempatkan di
pusat pemindahan banjir di Rumah Kebudayaan Kampung Naluyan, hari ini, ekoran hujan lebat sejak
semalam yang turut mengakibatkan beberapa buah kampung dan jalan raya di sekitar pekan mengalami
banjir kilat.

Pegawai Daerah, Madiyem Layapan berkata, kesan daripada hujan lebat itu juga mengakibatkan tiga
buah rumah di Kampung Langsat dan Undusan turut ditengelami air sehingga menyebabkan kerosakan
harta benda milik penduduk kampung.

Selain itu katanya, sembilan buah keluarga di kampung Undusan telah berpindah ke rumah saudara
masing-masing bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Laporan kerosakan dan kerugian telah dikemukakan kepada jabatan kebajikan dan masyarakat untuk
tindakan lanjut.” katanya di sini hari.

Semalam, pasukan tindakan bencana alam Tenom bersama pihak berkuasa telah melakukan pemantauan
di kawasan berisiko banjir bagi melihat keadaan limpahan air manakala paras air Sungai Padas meningkat
ke paras 177.55 meter setakat jam 4 petang semalam.

“Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian penduduk kampung masih enggan berpindah ke tempat lebih
selamat apabila pihak berkuasa mengarahkan mereka berbuat demikian, ” ujarnya.

Tambah beliau, keengganan segelintir penduduk kampung berpindah ke tempat yang lebih selamat amat
membimbangkan kerana pihak berkuasactidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa
musibah itu.

Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk di kampung yang berisiko dinaiki air pada musim banjir agar
berpindah ke tempat selamat dan orang ramai boleh menghubungi bilik operasi gerakan banjir iaitu 087
735447. – Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan