Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tengkolok versi Kadazan Dusun serikan majlis angkat sumpah

AHLI Parlimen Penampang, Ignatius Darell Leiking mengenakan tengkolok versi orang Kadazan Dusun pada Istiadat Angkat Sumpah di Istana Negara, hari ini. – Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang, Ignatius Darell Leiking, tampil berbeza pada Istiadat Angkat Sumpah di Istana Negara hari ini apabila mengenakan tengkolok versi orang Kadazan Dusun.

Tengkolok yang dipanggil sigar adalah antara aksesori tradisional etnik pribumi Kadazan Dusun di Sabah.

Sigar diperbuat daripada kain destar. Ia adalah penutup kepala, dilipat atau dililit di kepala dalam beberapa cara istimewa.

Darell hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau antara 13 menteri baharu yang mengangkat sumpah di Istana Negara, hari ini. – Oleh Wartawan NSTP/BH Online

Komen


Berita Berkaitan