Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tenggelam 71 bot asing

9:21am 02/08/2016 Pak Roshan 21 views Global
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia merancang menenggelamkan 71 kapal asing yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram sempena sambutan ulang tahun ke-71 kemerdekaan negara itu pada 17 Ogos ini.

Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti semalam berkata, semua kapal dari Filipina, Vietnam, Malaysia dan China itu akan ditenggelamkan serentak di beberapa lokasi.

“Kapal itu akan ditenggelamkan di lapan lokasi iaitu di Tarakan, Batam, Tarempa di Kepulauan Riau, Bitung, Ternate dan Morotai.

“Kali ini kami tidak akan menggunakan bahan letupan, tetapi akan membocorkan kapal supaya ia tenggelam dan menjadi terumbu tiruan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kapal nelayan asing itu ditangkap ketika berada di perairan kepulauan Natuna di Laut China Selatan.

Sejak Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkuasa pada 2014, pihak berkuasa Indonesia mengambil langkah tegas bagi menangani masalah tangkapan ikan secara haram.

Sejak 2014, sebanyak 176 kapal nelayan asing, termasuk dari Indonesia sendiri ditenggelamkan oleh pihak berkuasa.

Pada Mac lalu, Indonesia menenggelamkan kapal Viking yang didaftarkan di Nigeria dan dikehendaki di seluruh dunia kerana menangkap ikan terancam jenis ‘toothfish’ secara haram di perairan selatan.

Pihak berkuasa Indonesia memberitahu, kebanyakan kapal nelayan ditahan kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara itu, menggunakan alatan terlarang dan terbaru menggunakan bahan letupan.

Penggunaan bahan letupan untuk menangkap ikan ini kembali dikesan digunakan nelayan di beberapa kawasan termasuk Solor Selatan, Flores Timur, Pulau Gelasa Bangka dan di wilayah Sulawesi Selatan.

Kerajaan mengharamkan penggunaan bahan letupan untuk menangkap ikan kerana ia akan merosakkan terumbu karang dan alam sekitar. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan