Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tendang isteri, suami didenda RM2,000

Gambar Hiasan
                                                                    Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang suami menerima hukuman RM2,000 gagal bayar penjara selama enam bulan oleh mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memukul istrinya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Bixton Panandewan setelah mendengar pengakuan salah daripada tertuduh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan memukul isterinya pada 27 Ogos 2014 pada jam 11.13 malam di perkarangan AFC Transportation Kionsom Inanam.

Menurut keterangan kes, Bixton pergi ke tempat kerja istrinya sekitar 11.13 malam dan membawanya pulang ke rumah namun isterinya enggan balik kerana masih berkerja.

Tertuduh yang marah dengan isterinya kemudian bertindak menendang isterinya di dari tepi kanan sehingga menyebabkan isterinya terjatuh dan mempunyai calar di bahagian siku.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa bersalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara selama satu tahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam bagaimanapun memohon agar mahkamah mengenakan denda minimum terhadap tertuduh memandangkan kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama beliau.

Selain itu, tertuduh juga tidak berkerja dan  mempunyai tanggungan seorang anak  berumur satu tahun enam bulan.

Sementara itu, dalam kes yang berlainan, seorang  lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan mencederakan isteri.

Kubatun Bin Nur, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Kubatun bertindak sengaja mencederakan isterinya di sebuah rumah tidak bernombor pada 4 November lalu sekitar jam 1 petang di Taman Makmur Luyang.

Bagaimanapun Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk tarikh pengurusan kes sementara menunggu laporan perubatan disiapkan.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bersama dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Lim Swee Beng.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan