Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tenaga pasir

10:11am 16/11/2016 Pak Roshan 2 views Global
KUSMAWATI memulakan tabiat itu sejak mengalami sakit perut pada usia 15 tahun. - Agensi

KUSMAWATI memulakan tabiat itu sejak mengalami sakit perut pada usia 15 tahun. – Agensi

New Delhi: Seorang nenek berusia 78 tahun mendakwa memakan satu kilogram pasir setiap hari sejak 63 tahun lalu.

Wanita berkenaan, Kusmawati dari Varanasi, Uttar Pradesh, mengamalkan tabiatnya itu sejak berusia 15 tahun selepas disyor oleh seorang doktor supaya memakan pasir sebagai cara mengubat masalah penghadamannya.

“Ketika itu saya sering sakit perut. Doktor yang memeriksa saya menyuruh saya mengamalkan minum segelas susu dicampur dua sudu teh pasir. Percaya tidak, perut saya beransur pulih.

“Namun apabila saya berhenti mengamalkannya, masalah saya datang semula dan perut akan membengkak. Disebabkan itu saya mula makan pasir sekali lagi dan nyata ia berhasil,” katanya.

Kusmawati mendakwa pasir menjadi sumber tenaga utamanya. Dia makan 300 gram setiap pagi, 200 gram pada tengah hari, 350 gram petang dan 250 gram terakhir sebelah malam. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan