Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tenaga kerja mahir masih kurang

Raymond Tan. - Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Raymond Tan. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Usaha melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional tempatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelbagai industri terus menjadi keutamaan oleh kerajaan negeri.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang menggangap ia merupakan cabaran paling penting dalam menepati permintaan pelabur yang datang ke negeri ini.

Menurut beliau, antara langkah tersebut ialah menubuhkan pusat latihan kemahiran dengan kerjasama dengan para pelabur di negeri ini.

“Pusat latihan kemahiran itu akan difokuskan kepada setiap industri, sekali gus membolehkan pelabur memilih pekerja mahir dalam bidang tertentu. Latihan tersebut akan dibuat berdasarkan modul-modul diperlukan,” katanya semasa sidang media memperkenalkan Buletin Sabah Industry Quaterly (SIQ) di pejabat beliau di Wisma Tun Fuad, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri dalam mengatasi ketidakseimbangan peratusan tenaga mahir iaitu sebanyak 24 peratus berbanding 74 peratus yang dicatatkan bagi tenaga kerja tidak mahir di negeri ini.

Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri memberitahu, penubuhan pusat latihan itu akan membolehkan para belia terutama lepasan sekolah dan mahasiswa mengikut kursus latihan disediakan, sekali gus mengisi tenaga kerja diperlukan oleh pihak industri.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan setimpal dan dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan