Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tempoh Reman Dilanjutkan Dalam Siasatan Kes Penyelewengan Di Sabah

rasuah

KOTA KINABALU : Tempoh tahanan reman bagi empat orang termasuk pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah dilanjutkan antara lima dan tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan rasuah.

Tahanan reman pengarah itu dilanjutkan lima hari manakala bagi tiga yang lain, ia dilanjutkan selama tujuh hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan berkenaan.

Keempat-empat orang itu ditahan reman selama tujuh hari bermula 5 Okt dan berakhir hari ini.

Pada 4 Okt, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah berkenaan dan merampas jutaan ringgit dalam siasatan kes penyelewengan itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan