Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tempat letak kereta mengundang padah lelaki penghantar dadah

7:46pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 72 views Jenayah,Tempatan

IMG-20160128-WA0008

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang bekerja sebagai mekanik berumur 36 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra tangkapan itu dibuat susulan penahanan seorang lelaki di tempat letak kereta kawasan Inanam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah berbahaya.

“Semasa pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap saspek, telah dijumpai tiga ketulan pelbagai saiz berbalut pelekat kuning dan satu peket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis Ganja dalam beg silang yang dipakai oleh saspek pada ketika itu,”katanya.

Hasil siasatan awal mendapati saspek  mengaku mengambil upah menghantar dadah jenis Ganja daripada seorang lelaki tempatan yang masih dalam siasatan lanjut.

Anggaran harga dadah yang dirampas seberat 202 gram tersebut berjumlah RM2500 dan sebuah kereta jenis Proton FLX berwarna hitam berserta alat penggera turut disita.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan