Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tembak mati tiga rakan sekerja

10:09am 27/02/2016 Pak Roshan 3 views Global
Polis mengawal pintu masuk ke kilang Excel Industries di Hesston, Kansas, selepas seorang lelaki melepaskan tembakan membunuh tiga orang sebelum dia ditembak mati. - Foto AP

Polis mengawal pintu masuk ke kilang Excel Industries di Hesston, Kansas, selepas seorang lelaki melepaskan tembakan membunuh tiga orang sebelum dia ditembak mati. – Foto AP

Hesston, Kansas: Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang dalam kawasan kilang tempatnya bekerja membunuh tiga orang manakala 14 lagi cedera dengan 10 kritikal sebelum lelaki berkenaan ditembak polis hari ini.

Sheriff Daerah Harvey, T Walton, berkata semua yang mati ditembak dalam kawasan kilang Excel Industries yang mengeluarkan mesin pemotong rumput.

Menurutnya, lelaki berkenaan yang bekerja di kilang itu ditembak mati anggota polis ketika berbalas tembak.

“Lelaki itu menembak dua pemandu dari keretanya dan mencuri pikap seorang mangsa sebelum menuju ke kilang. Dia menembak dan mencederakan seorang wanita di tempat letak kereta dengan raifal sebelum memasuki kilang, melepaskan tembakan rambang membunuh tiga orang,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan motif serangan itu namun berkata ‘ada sesuatu yang mencetuskan lelaki berkenaan bertindak ganas’.

AFP melaporkan penembak itu dikenali sebagai Cedric Ford, 38, baru berpindah dari Miami dan bekerja sebagai tukang cat di kilang itu.Dia mempunyai rekod jenayah, termasuk memiliki senjata secara haram. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan