Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tembak ibu bapa kerana dikongkong

tembak orang tua

GARA-gara dikatakan terlalu bertegas dengan anak-anaknya, Ryan dan Maria Elena Callens, masing-masing berumur 48 dan 49 tahun ditembak mati oleh anak lelakinya selepas tidak tahan hidup dikongkong.

Suspek, 16, yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik didakwa membunuh kedua ibu bapanya menggunakan senapang pada awal pagi semasa mereka sedang tidur di rumahnya di Texas, Amerika Syarikat.

Selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 2 pagi (waktu tempatan), polis tiba di tempat kejadian dan menemui mayat Ryan berbaring di lantai dengan beberapa kesan tembakan di badan tidak jauh daripada senapang yang dilekat dengan lampu suluh.

Manakala ibunya ditemui di dalam bilik tidur utama dengan kesan tembakan di kepala dan lengan.

Difahamkan, menurut laporan Mail Online, suspek dilarang minum minuman keras, segala aktivitinya dipantau termasuk ketika melayari internet dan hanya dibenarkan menonton filem yang tidak mengandungi unsur ganas serta kandungan dewasa lain.

Menurut jiran yang telah lapan tahun tinggal di kejiranan sama, suspek hanya dibenarkan ke sekolah rendah dan menengah sahaja. Untuk sekolah tinggi, dia terpaksa bersekolah di rumah.

“Ibu bapanya sangat tegas. Jika melanggar peraturan, dia akan dihukum. Bagaimanapun, daripada apa yang kami lihat, dia sebenarnya seorang anak yang baik dan mesra dengan jiran,” katanya.

 

Komen


Berita Berkaitan