Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tembak anjing disangka singa

dog.jpg.transformed

Milwaukee: Seorang lelaki tersilap menembak seekor anjing jenis pitt bull kerana menyangka haiwan itu ialah singa yang dilaporkan kelihatan berkeliaran di utara Milwaukee.

Menurut polis hari ini, anjing berkenaan yang ditembak Selasa lalu, cedera di kaki dan kini dirawat di Suruhanjaya Kawalan Haiwan Domestik Milwaukee.

Pengarah suruhanjaya itu Karen Sparapani berkata, orang ramai bimbang dengan laporan ada singa berkeliaran menyebabkan ada yang mengambil tindakan seperti lelaki berkenaan.

Menurut polis Milwaukee, mereka sudah menyiasat lebih 20 panggilan mengenai singa berkenaan tetapi tidak menemui sebarang binatang buas. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan