Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tembak anak enggan berhenti ambil dadah

tembak anak
Gambar Hiasan

 

Minya (Mesir): Seorang lelaki menembak mati anaknya selepas kecewa remaja itu enggan berhenti mengambil dadah.

Media tempatan melaporkan, lelaki berkenaan yang namanya tidak disiarkan, kemudian menyerah diri kepada polis.

Dalam keterangannya kepada penyiasat, lelaki itu berkata, dia begitu marah selepas anaknya enggan berhenti mengambil dadah walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya.

Lelaki itu menembak anaknya di tengah jalan raya di bandar Minya, 250 kilometer ke selatan Kaherah.

Menurut akhbar, lelaki itu turut membantu polis menangkap seorang lagi anaknya yang dikatakan menjadi pengedar dadah. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan