Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Teliti Cara Selesai Masalah Rumah Polis

ZAHID_HAMIDI_011114_TMINAZIRSUFARI_03

TAWAU – Penelitian secara holistik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perumahan polis, khususnya di kawasan luar bandar, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu sangat penting untuk memastikan semua pegawai dan anggota polis menikmati kemudahan yang berkualiti dan sepatutnya.

“Semua pegawai dan anggota polis, sama ada di bandar atau di kawasan pedalaman berhak mendapat kemudahan yang sepatutnya. Oleh itu kita perlu membuat penelitian secara terperinci untuk memastikan perkara itu dapat dicapai,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pulau Sebatik, dekat sini hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, pada mesyuarat jemaah menteri minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan untuk membaik pulih rumah polis dan tentera.

“Walaupun kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk membaik pulih rumah polis dan tentera, iaitu sebanyak RM100 juta pada tahun ini, namun peruntukan itu didapati tidak mencukupi bagi membaik pulih dan jauh sekali untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada.

“Oleh itu kita sangat berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya kepada perdana menteri yang telah memberi peruntukan tambahan untuk membaik pulih rumah kediaman Polis Diraja Malaysia dan tentera,” kata Ahmad Zahid.

Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau berkata, ia bertujuan untuk meninjau kemudahan balai termasuk rumah kediaman polis di kawasan pendalaman.

“Kita telah meninjau beberapa kemudahan balai polis di kawasan ini (Pulau Sebatik) dan kita mendapati ada kemudahan balai yang tidak berada pada tahap yang sepatutnya.

“Kita mendapati spesifikasi pembinaan kemudahan berkenaan tidak mengikut tahap yang seharusnya dan ada kemungkinan ia dipengaruhi oleh faktor kos pengangkutan, namun ia tidak seharusnya terjadi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, masalah ini perlu diatasi dan kerajaan tidak akan berkompromi tentang perkara itu kerana mahu memastikan semua anggota dan pegawai polis mendapat kemudahan yang sebaiknya. – BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan