Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Telefon terbakar punca pakaian lelaki dijilat api

SEDUTAN video menunjukkan keadaan mangsa yang terbakar dan menjerit meminta tolong.
SEDUTAN video menunjukkan keadaan mangsa yang terbakar dan menjerit meminta tolong.

Karachi: Seorang lelaki di Pakistan dilaporkan cedera parah selepas telefon bimbitnya tiba-tiba terbakar lalu menyebabkan pakaiannya dijilat api.

Kejadian mengejutkan itu berjaya dirakam seorang saksi menggunakan telefon bimbit sebelum video berkenaan menjadi viral di Internet.

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki turun dari sebuah bas dan tidak menyedari poket seluarnya tiba-tiba mengeluarkan api.

Lelaki itu dilihat segera mengeluarkan telefon bimbit yang terbakar dari poket dan mencampaknya ke tanah tetapi api merebak ke bajunya.

Mangsa kemudian berlari dalam bulatan sambil menjerit meminta tolong. – HMetro

Komen


Berita Berkaitan