Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Telefon pintar, peranti elektronik diperiksa lebih teliti di lapangan terbang AS

hpUS

WASHINGTON: Penumpang kapal terbang mesti membuktikan bahawa telefon pintar atau peranti elektronik lain yang dibawa bersama mereka boleh dihidupkan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pesawat, mengikut peraturan baru diperkenalkan Amerika Syarikat.

Peraturan baru itu menyusuli langkah keselamatan lebih ketat yang dikenakan ke atas penumpang kapal terbang dari Eropah dan Asia Barat yang ingin ke Amerika Syarikat. Ia timbul berikutan kebimbangan bahawa pihak militan berkaitan Al-Qaeda kini sedang mengusahakan bahan letupan baru yang mampu diseludup masuk ke pesawat tanpa dikesan.

Pemeriksaan ditumpukan kepada barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba, berikutan kebimbangan bahawa Al-Qaeda akan menggunakannya dalam taktik terbaru mereka dalam kempen serangan membabitkan jet.

 

“Ketika pemeriksaan keselamatan ini, pegawai mungkin meminta penumpang menghidupkan peranti tertentu termasuk telefon pintar,” kata kenyataan daripada Pentadbiran Keselamatan AS.

“Peranti yang tidak boleh dihidupkan tidak boleh dibawa masuk ke pesawat. Penumpang terbabit juga diperlukan menjalani pemeriksaan lanjut,” kata seorang pegawai. – AFP

Komen


Berita Berkaitan