Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Telefon 911 lepas merogol

rogol

New York: Seorang lelaki menghubungi talian kecemasan 911 selepas merogol seorang wanita untuk memaklumkan perbuatan terkutuk itu, lapor polis semalam.

Tidak seperti selalu, pegawai yang menjawab panggilan itu memang terkejut apabila mendengar nada suara Joel Jones, 47, yang membuat panggilan sambil menangis teresak-esak.

“Saya menyerang wanita itu. Tolong bawa saya ke penjara,” katanya.

Sebelum itu, Jones menyiarkan iklan mencari pembantu rumah dalam laman sesawang Craiglist. Seorang wanita mengubunginya kerana berminat dan mereka bertemu di sebuah bangunan pejabat.

Jones kemudian mengambil kesempatan dengan menangkap mangsa dan mengheretnya hingga ke bilik terpencil sebelum memperkosa wanita terbabit.

Jones juga menggunakan pisau untuk mengugut mangsa supaya jangan melawan. Namun, selepas serangan itu berakhir naluri Jones mendorong dia mengakui jenayah berkenaan.

Mangsa berkata, dia melihat Jones menghubungi talian 911. Jones kini ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual, menculik dan mengancam dengan menggunakan senjata. Rekod menunjukkan Jones pernah dipenjara beberapa kali, termasuk atas kesalahan jenayah seksual. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan