Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Teksi Jakarta mengamuk

9:27am 23/03/2016 Pak Roshan 16 views Global
 / AFP PHOTO / ADEK BERRY

BEBERAPA perusuh menyerang sebuah teksi yang masih beroperasi dan enggan menyertai tunjuk perasaan.

Jakarta: Beratus-ratus pemandu teksi membakar tayar dan menghalang lalu lintas di Jakarta semalam selepas tunjuk perasaan bagi membantah perkhidmatan aplikasi teksi dalam talian bertukar menjadi ganas.

Rusuhan juga bertambah buruk apabila penunjuk perasaan menyerang pemandu dan penunggang motosikal yang bekerja dengan syarikat perkhidmatan pengangkutan dalam talian berkenaan.

Kumpulan yang disertai pemandu teksi dari syarikat Blue Bird dan Express Transindo Utama mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi dalam talian seperti Grab dan Uber.

Perkhidmatan aplikasi teksi dalam talian termasuk teksi motosikal seperti Go-Jek yang lebih murah menyebabkan pendapatan teksi konvensional terjejas teruk.

“Ketika ini hanya ada perkhidmatan teksi yang dibenarkan kerajaan dan perkhidmatan teksi secara haram.

“Kami bukannya tidak mampu bersaing dengan Uber atau Grab tetapi kami mahu mereka mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan,” ,” kata pemandu teksi Express, Mat Ali, 54, ketika berarak menuju ke Parlimen.

Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan berkata, syarikat seperti Uber beroperasi secara haram melainkan mereka mendaftar sebagai pembekal pengangkutan awam dan tertakluk kepada syarat yang sama seperti teksi biasa.

Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi yang memantau pembekal aplikasi memberitahu, syarikat itu boleh terus beroperasi.

Kesesakan jalan raya di Jakarta akibat tunjuk perasaan berkenaan menyebabkan ramai penduduk menggunakan media sosial untuk menyatakan kemarahan mereka.

Seorang pegawai Blue Bird, Noni Purnomo berkata, syarikat itu menawarkan perkhidmatan teksi secara percuma selama 24 jam bagi menggantikan perjalanan pelanggan yang tergendala.

“Kami tidak bersetuju atau menyokong tindakan ganas seperti ini,” katanya.

Namun, ramai penduduk di Jakarta menolak tawaran itu di sosial media dengan menggunakan hashtag #NoThanksBluebird. – Reuters/HMetro

SEKUMPULAN pemandu teksi menghalang satu jalan utama di Jakarta yang menyebabkan kesesakan teruk.

SEKUMPULAN pemandu teksi menghalang satu jalan utama di Jakarta yang menyebabkan kesesakan teruk.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan