Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,779

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tekap besi panas untuk rawat leukemia

9:20am 23/03/2016 Pak Roshan 545 views Global
DING menahan kesakitan ketika besi panas ditekap pada badannya.

DING menahan kesakitan ketika besi panas ditekap pada badannya.

Zhengzhuang (China): Seorang wanita yang menghidap leukemia menekap besi panas di badannya pada setiap hari sebagai kaedah alternatif untuk merawat penyakit itu.

Ding Zhen, 28, terpaksa memilih kaedah rawatan yang menyakitkan itu kerana dia tidak mampu membiayai kos rawatan di hospital.

Wanita itu disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Ogos 2014 dan tidak lama kemudian dia ditinggalkan suaminya.

Lebih malang lagi, suami Ding turut membawa anak lelaki tunggalnya bersama serta wang simpanan mereka berjumlah 15,500 yuan (RM9,555).

Ding kini tinggal dengan bapanya yang berusia 52 tahun dan terpaksa menanggung kos rawatan perubatannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan