Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Teguk baru lulus

9:55am 03/05/2016 Pak Roshan 717 views Global
MING (kanan) melihat seorang pelajarnya mengambil secawan arak untuk diminum.

MING (kanan) melihat seorang pelajarnya mengambil secawan arak untuk diminum.

Anshun (China): Seorang profesor sebuah kolej di bandar ini digantung perkhidmatan selepas dia memaksa pelajarnya minum arak sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan.

Profesor Gu Ming dari Institut Vokasional Anshun memaksa pelajarnya meminum sejenis arak tradisional China yang dikenali sebagai baijiu dan memberi markah berdasarkan berapa banyak yang mampu mereka minum.

“Kamu semua akan membuat kerja pemasaran selepas tamat pengajian dan kamu mesti belajar untuk minum baijiu,” kata Ming.

Ming yang mengajar kelas Perubatan Tradisional China menuang arak berkenaan dalam berpuluh-puluh gelas plastik yang diletakkan di atas meja di pejabatnya.

Dia kemudian mengarahkan pelajarnya meminum arak berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan