Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tebusan warga Indonesia dipercayai masih hidup: Azis Jamman

Azis (tengah) menerima cenderahati daripada Zulkifli sempena Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah 2018. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kerajaan Malaysia yakin dua nelayan warga Indonesia yang diculik di perairan Pulau Gaya, Semporna baru-baru ini masih hidup dan berada di Selatan Filipina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, pihak berkuasa percaya kedua-dua mangsa dibawa ke negara itu.

“Kita yakin mereka masih hidup walaupun sehingga kini belum ada permintaan berkaitan wang tebusan daripada penculik.

“Apa pun, usaha menyelamatkan mangsa akan diteruskan dan dipertingkatkan oleh pihak berkuasa Malaysia, Indonesia dan Filipina,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kes penculikan itu baru-baru ini.

Terdahulu beliau merasmikan program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Sabah 2018 anjuran Jabatan Penjara Sabah di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Azis berkata, kerajaan mungkin perlu mencari mekanisme baharu untuk menggantikan pam bot yang digunakan oleh para nelayan khususnya di Semporna.

Bagaimanapun, katanya penggunaan pam bot yang telah diluluskan kembali oleh kerajaan negeri hari ini tidak harus dilihat pada sisi negatif semata-mata.

“Lebih ramai orang terutama nelayan yang menggunakan pam bot ini untuk mencari nafkah daripada yang menyalahgunakannya untuk melakukan jenayah,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan